Waktu Solat

Tuesday, November 30, 2010

Karnival Anak Mude Geng Kite

Friday, May 28, 2010

Wednesday, May 19, 2010

PAS SELANGOR BANGGA DENGAN KEMENANGAN DI SIBU

KENYATAAN AKHBAR

PAS SELANGOR BANGGA DENGAN KEMENANGAN DI SIBU

PAS Selangor mengucapkan tahniah kepada DAP kerana berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dalam pilihanraya kecil baru-baru ini mewakili Pakatan Rakyat. Sesungguhnya kemenangan ini penting dan bermakna buat Pakatan Rakyat khasnya dalam meyakinkan masyarakat bahawa ia mampu dan mempunyai keupayaan untuk menggantikan Barisan Nasional disemua peringkat pentadbiran negara.

Sehubungan itu PAS Selangor juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh para petugas PAS khasnya dari seluruh negeri Selangor, termasuklah wakil dari kawasan-kawasan, Pemuda dan Muslimat yang telah bertungkus-lumus membantu kerja-kerja kempen di Sibu sejak dari sebelum hari penamaan calon lagi sehinggalah hari mengundi.

Semangat muafakat dan kerjasama ini sangat positif ke arah memperkasakan lagi Pakatan Rakyat dan mencerminkan kepada seluruh masyarakat akan kesepaduan dan kekukuhan gabungan PAS, PKR dan DAP yang dibina di atas keikhlasan dan tolak-ansur.

Kemenangan di Sibu ini diyakini akan memacu semangat para petugas Pakatan Rakyat khasnya di Selangor, untuk bekerja lebih kuat lagi bagi mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor serta menawan saki-baki kerusi yang dimiliki Barisan Nasional di negeri ini pada pilihanraya umum nanti.

PAS Selangor mahu meyakinkan masyarakat bahawa kerjasama mendukung kerajaan negeri Selangor ini antara ketiga-tiga parti berada ditahap yang paling baik dan kukuh sekaligus mengajak seluruh lapisan masyarakat Selangor agar terus memberikan kepercayaan untuk memperjuangkan nasib dan masa depan mereka pada Pakatan Rakyat, satu-satunya pilihan yang terbaik buat rakyat.

Dengan kemenangan Sibu ini PAS Selangor terus komited pada agenda perjuangan Pakatan Rakyat.


DIKELUARKAN OLEH:

ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR

KETUA PENERANGAN PAS SELANGOR

BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR



19 Mei, 2010